Adat Kelahiran Cara Tradisional Dusun Tatana
Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Dusun Tatana secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan. Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.
KELAHIRAN [Bersalin]
Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.
Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.
Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakit merupakan satu kelebihan.
Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang paling banyak digunakan dalam masyarakat Dusun Tatana ialah cekur, akar kacip fatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan persekitaran. Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untuk menyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dan kemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin.
Cara ini diamalkan oleh sebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah dengan mencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Cara ini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenaga mereka. Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat dusun tatana mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atau hospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.
KELAHIRAN [Selepas Lahir]
1. Berpantang
Wanita-wanita yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Dusun Tatana. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Mereka mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, mereka menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang
diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.
2. Kenduri
Mereka juga akan mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai
umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.
Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
3. Mencukur Rambut
Mereka juga mengamalkan adat mencukur rambut. Mereka akan mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.
Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.
4. Memberi Nama
Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar.
Sumber : Dusun Tatana ( FB )

Asal Usul Nama Dusun Tatana
Oleh Moses Korolinus Sus Potut (FB)
Wawancara saya bersama Informan Amai, Ajuk John (arimula) telah mengupas cerita silam bagaimana suku Dusun Tatana mendapat namanya. Ajuk merupakan seorang *"bobogo* dan *bobolian"* yang amat disegani dan dikenali sebagai pakar rujuk mengenai adat-adat Dusun Tatana.
Merupakan masyarakat tatana yang paling veteran yang diketahui ketika saya menyelidik asal usul nama dusun tatana pada 2002, Ketika itu beliau berumur 82 tahun dan menatap di kampung Kiambor, Kuala Penyu.
Menceritakan rentetan peristiwa bagaimana suku itu mendapat namanya, kewujudan nama Dusun Tatana berdasarkan satu peristiwa atau perselisihan faham yang berlaku suatu masa dahulu, kisah itu menjadi cerita turun-temurun dan diceritakan kepadanya oleh generasi terdahulu semasa zaman kanak-kanaknya.
Menurut cerita itu suku Dusun di daerah Kuala Penyu juga pada mulanya berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok yang dikenali sebagai *"orang hulu* dan *orang hilir"*.
*Orang Hulu*adalah panggilan bagi mereka yang tinggal dibahagian atas iaitu, *Suang Seruang* manakala *Orang Hilir* pula mendiami kawasan *Suang Tunan*.
Diceritakan satu peristiwa yang membawa kepada perselisihan pendapat antara dua kelompok maka berlaku pertelingkahan berminggu lamanya yang akhirnya membawa kepada peperangan antara mereka. *Orang Hulu* yang dikatakan lebih ramai dan lebih hebat bertindak nekad menyerang *Orang Hilir*.Kononya peperangan itu berlarutan sehingga berbulan lamanya.
Oleh kerana peperangan itu berlarutan sebegitu lama ditambah lagi pahlawan hebat *Orang Hulu* semakin mara, maka *Orang Hilir*yang dikatakan lebih suka berteloransi tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk mengundur dengan bersembunyi di sebuah lobang bawah tanah untuk menyelamatkan komunitinya.
Persembunyian itu telah menyelamatkan mereka dari terus berperang sesama sendiri.(digambarkan lobang bawah tanah itu menyerupai gua tetapi tidak pula diketahui lokasinya -informan).
Walau pun peperangan itu berakhir *Orang Hulu* secara berterusan berkata, "apabila terjumpa atau terlihat *Orang Hilir* mereka akan berkata sesama mereka *"nah elahi nio nah ulun tana"*bermaksud" nah lihat tuna sudah orang tanah",lama-kelamaan *Orang Hilir* digelar atau dinamakan *Tatana*.
Selain menyelamatkan dua kelompok itu dari terus bermusuhan sesama sendiri, langkah persembunyian itu juga dilihat secara tidak langsung telah mengwujudkan nama Dusun Tatana itu sendiri dan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.
Kedua-dua bahagian yang dinamakan sebagai *Suang Tunan* dan *Suang Seruang* itu kekal sehingga ke hari ini dimana masyarakatnya hidup harmoni menikmati kemajuan dan pembangunan bersama sebagai Warga Kuala Penyu.
Apapun ceritanya sebagai masyarakat berfikiran aras tinggi rasanya tidak perlu lagi mana-mana pihak berkata atau merasa *Suang Tunan* dan *Suang Seruang* sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan kerana suku Tatana itu berada disegenap bahagian Hulu dan Hilir.
Perlunya kita berfikir maju bersama sebagai satu komuniti, satu idealogi atas nama Rakyat Kuala Penyu dibawah pimpinan *Adun Kuala Penyu,Yang Berhormat Datuk Limus Jury*.
Marilah kita bersatu, melangkah bersama dalam satu identiti suku dusun TATANA.
Nota: *rentetan yang saya perolehi melalui wawancara itumenjelaskan kebenaran penyelidik terdahulu bahawa kebanyakan nama suku dusun itu berdasarkan peristiwa yang dialami ditempat baru, suku Dusun Tatana adalah contoh yang jelas.
| Gambar Hiasan |

Pakaian tradisi Dusun Lotud
Pakaian tradisi Dusun Lotud
Pakaian tradisi Dusun Lotud, antara pakaian tradisi yg termahal di Sabah. Pakaiannya mirip-mirip pakaian golongan kerabat diraja. Menurut beberapa dugaan, pada zaman dulu Lotud memiliki Kerajaan dan memiliki kaitan erat dengan Brunei. Spekulasi kuat yang mengatakan kaum Lotud memiliki kerajaan di zaman dulu masih dalam penelitian.... Diharap dapat dirungkai suatu masa nanti. -Aki Rumantai

![]() |
| Photo by Nelson Micheal |
Pakaian tradisi Dusun Tindal Kota Belud
Dusun Tindal Kota Belud juga merupakan penunggang kuda yang hebat suatu ketika dahulu terutama kg Tampasuk, Kg Tambulion dan Kg Piasau. Mengikut stastik British dahulu kaum Dusun Tindal adalah kaum yang terramai di Kota Belud dan mereka adalah penternak dan bersawah padi kawasan rata. Manakalah kaum Dusun Tindal yang menduduki kawasan bukit menanam buah buahan, dan mengusaha padi huma.
Dusun Lobu Gunung Trus Madi
Dusun Lobu Gunung Trus Madi
Suku Rumanau yang juga dipanggil "Dusun Lobu." Mereka mendiami kawasan Ulu Kinabatangan, sampai ke daerah Sook dan jg terdapat juga komuniti ini di Tompios, Ranau. Pada zaman dahulu, mereka terkenal sebagai suku yang kuat. Dulu saya pernah memposting kisah perang hampir 100 tahun antara Rumanau Alab dan Dusun Mangkaak, suatu peperangan yang paling berdarah di North Borneo suatu ketika dahulu.
Di kawasan Sook pula terdapat jg suku ini, yang oleh Dusun pedalaman menyebut mereka dgn istilah "Dusun Lobu/Lobou." Pada zaman dahulu, suku Liwan dr sub Tuhawon pernah diserang oleh headhunter dr suku Dusun Lobu Trus Madi, Tambunan, di bawah pimpinan Aki Lintungan. Mereka mengambil jalan melalui lereng Gunung Trus Madi, lalu membunuh lelaki-lelaki muda yang mandi di tepi Sungai Pagalan. Kejadian terjadi beberapa kali, anak-anak muda Tuhawon bergelimpangan di tepi Sungai Pagalan tanpa kepala. Orang-orang Dusun Tuhwon pada mulanya menyangka orang-orang Tuhawon itu dibunuh oleh "Mondou (makhluk ghaib yang ganas)," yang sering menyerang dr arah Trus Madi.
Akhirnya, Bobolian mengatakan orang-orang Tuhawon dibunuh oleh suku Lobu yang ada di Gunung Trus Madi, sebelah Timur Tambunan. Pihak Tuhawon kemudian membalas, mereka mengumpulkan pahlawan-pahlawan mereka dan melakukan ritual peperangan dgn membunyikan gong untuk melepaskan para pahlawan untuk berperang. Pasukan Dusun Lobu ini dijumpai berkampung di kaki Trus Madi, tanpa berlengah pemimpin pasukan Dusun Tuhawon "memangkis" sebagai isyarat utk berperang, lalu menyerang penempatan mereka. Kaum Dusun Tuhawon berjaya memenggal kepala pemimpin mereka yang bernama Aki Lintungan dan menghancurkan penempatan mereka di Trus Madi.
Sumber : Aki Rumantai

Suasana Kiau di zaman dahulu dan kini
Suasana Kiau di zaman dahulu dan kini
Suasana Kiau di zaman dahulu dan kini. Btw, Kiau merupakan salah satu perkampungan tanah tinggi yang terkenal sejak dahulu kala dan sekarang. Kampung ini terkenal kerana kegagahan orang-orangnya pada zaman dahulu. Mereka termasuk dalam kelompok "Hill Dusun/Dusun bukit," secara tradisi mereka tinggal di rumah panjang komunal, tetapi kemudian mereka mulai meninggalkan tradisi tersebut pada awal tahun 1900. Kiau sendiri terbahagi kepada empat kampung:
1. Kiau Teburi
2. Kampung Kiau-Kiau/Bubukon
3. Kiau Temedu
4. Kiau Nuluh
Kiau Nulu merupakan perkampungan yg paling jauh dan terletak di kaki Gunung Kinabalu. Kini penduduk Kiau selain bertani, ramai yang memasuki di sektor swasta dan awam. Paling menang sebagai pemandu pelancong di Gunung Kinabalu.
Sumber Facebook Aki Rumantai