Gambar Hiasan |
Wawancara saya bersama Informan Amai, Ajuk John (arimula) telah mengupas cerita silam bagaimana suku Dusun Tatana mendapat namanya. Ajuk merupakan seorang *"bobogo* dan *bobolian"* yang amat disegani dan dikenali sebagai pakar rujuk mengenai adat-adat Dusun Tatana.
Merupakan masyarakat tatana yang paling veteran yang diketahui ketika saya menyelidik asal usul nama dusun tatana pada 2002, Ketika itu beliau berumur 82 tahun dan menatap di kampung Kiambor, Kuala Penyu.
Menceritakan rentetan peristiwa bagaimana suku itu mendapat namanya, kewujudan nama Dusun Tatana berdasarkan satu peristiwa atau perselisihan faham yang berlaku suatu masa dahulu, kisah itu menjadi cerita turun-temurun dan diceritakan kepadanya oleh generasi terdahulu semasa zaman kanak-kanaknya.
Menurut cerita itu suku Dusun di daerah Kuala Penyu juga pada mulanya berpuak-puak dan terbahagi kepada dua kelompok yang dikenali sebagai *"orang hulu* dan *orang hilir"*.
*Orang Hulu*adalah panggilan bagi mereka yang tinggal dibahagian atas iaitu, *Suang Seruang* manakala *Orang Hilir* pula mendiami kawasan *Suang Tunan*.
Diceritakan satu peristiwa yang membawa kepada perselisihan pendapat antara dua kelompok maka berlaku pertelingkahan berminggu lamanya yang akhirnya membawa kepada peperangan antara mereka. *Orang Hulu* yang dikatakan lebih ramai dan lebih hebat bertindak nekad menyerang *Orang Hilir*.Kononya peperangan itu berlarutan sehingga berbulan lamanya.
Oleh kerana peperangan itu berlarutan sebegitu lama ditambah lagi pahlawan hebat *Orang Hulu* semakin mara, maka *Orang Hilir*yang dikatakan lebih suka berteloransi tidak mampu bertahan dan mengambil keputusan untuk mengundur dengan bersembunyi di sebuah lobang bawah tanah untuk menyelamatkan komunitinya.
Persembunyian itu telah menyelamatkan mereka dari terus berperang sesama sendiri.(digambarkan lobang bawah tanah itu menyerupai gua tetapi tidak pula diketahui lokasinya -informan).
Walau pun peperangan itu berakhir *Orang Hulu* secara berterusan berkata, "apabila terjumpa atau terlihat *Orang Hilir* mereka akan berkata sesama mereka *"nah elahi nio nah ulun tana"*bermaksud" nah lihat tuna sudah orang tanah",lama-kelamaan *Orang Hilir* digelar atau dinamakan *Tatana*.
Selain menyelamatkan dua kelompok itu dari terus bermusuhan sesama sendiri, langkah persembunyian itu juga dilihat secara tidak langsung telah mengwujudkan nama Dusun Tatana itu sendiri dan terus diwarisi dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.
Kedua-dua bahagian yang dinamakan sebagai *Suang Tunan* dan *Suang Seruang* itu kekal sehingga ke hari ini dimana masyarakatnya hidup harmoni menikmati kemajuan dan pembangunan bersama sebagai Warga Kuala Penyu.
Apapun ceritanya sebagai masyarakat berfikiran aras tinggi rasanya tidak perlu lagi mana-mana pihak berkata atau merasa *Suang Tunan* dan *Suang Seruang* sebagai sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan kerana suku Tatana itu berada disegenap bahagian Hulu dan Hilir.
Perlunya kita berfikir maju bersama sebagai satu komuniti, satu idealogi atas nama Rakyat Kuala Penyu dibawah pimpinan *Adun Kuala Penyu,Yang Berhormat Datuk Limus Jury*.
Marilah kita bersatu, melangkah bersama dalam satu identiti suku dusun TATANA.
Nota: *rentetan yang saya perolehi melalui wawancara itumenjelaskan kebenaran penyelidik terdahulu bahawa kebanyakan nama suku dusun itu berdasarkan peristiwa yang dialami ditempat baru, suku Dusun Tatana adalah contoh yang jelas.
Kebanyakan cerita saya dengar berkisar mirip yang penyelidik suku ini, kesimpulan saya bahawa keturunan dan asalusul
ReplyDeletepanggilan TATANA ada kaitan dgn suku gilir tadi yg bersembunyi dlm lubang seperti gua tadi, dan hanya masih mushkil tiada petunjuk yang membuktikan penemukan mereka semasa berada dlm luvang tana tersebut, tiba tiba terjumpa oleh org seruang mengatakan nio na ulun tana, darimana mereka tahu mereka bersembunyi dlm lubang tana tersebut