Legenda Mokonding di Papar Sabah

Leave a Comment
Part #1
Batu bekas peninggalan manusia gergasi Papar. Menurut legend kaum Dusun di Kogopon Papar, batu ini kononya bekas tapak kaki dan jari tangan seorang lelaki gergasi yg bernama Mokonding. Dalam legenda Mokonding, Mokonding kononya telah membuat temujanji dgn seorang wanita gergasi yg sangat cantik yg bernama "Gayoh Ngondu." Setelah sekian lama menunggu, gadis itu tidak muncul, maka dia pun menghentakkan kaki dan tengannya di batu sehingga meninggalkan cap, kerana terlalu kecewa tidak dapat bertemu dengan si "Gayoh Ngondu." Batu ini terdapat di sekitar Kogopon, Papar.



Part #2
Batu yang terbelah kerana cinta yg tak kesampaian . Menurut legenda, batu besar ini terbelah dua kerana ditetak oleh Mokonding. Mokonding merupakan seorang lelaki yang sangat tinggi. Satu hari dia telah berjanji temu dengan seorang gadis jelita yg bernama "Gayoh Ngondu," Mereka berjanji akan bertemu di sebuah kawasan berbatu di tepi sungai. Setelah lama menunggu, Gayoh Ngondu (wanita besar) tidak datang, hati Mokonding sangat kecewa dan sakit. Dia kemudian menghunus Gayangnya, lalu menetak sebiji batu besar sampai terbelah dua. Di samping itu, terdapat jg beberapa cap jari tangan dan kaki Mokonding di beberapa buah batu, kononya berasal dr hentakkan kaki dan tangan Mokonding akibat terlalu kecewa.

Orang dulu-dulu ni, klo putus cinta, balah batu, tampar batu n hantak batu sampai tabalah. Tapi orang skg putus cinta, tampar orang, balah orang n hantak orang.



Sumber Facebook Aki Rumantai

0 comments:

Post a Comment